SAYA ingin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Inisiatif ini membolehkan sektor industri negara bergerak lebih terkehadapan dalam perspektif yang lebih sempurna bagi membolehkan negara berada pada kedudukan berdaya saing dalam kalangan pelabur.
Ketika saya dan pasukan menerajui MITI, kami mengambil pendekatan membangunkan idea-idea progresif bagi menangani cabaran global sebagai usaha mengukuh usaha negara ke arah destinasi pelaburan lestari.
Rangka Kerja ESG Kebangsaan untuk Industri telah dimulakan pada tahun 2021. Saya sendiri telah menyelia kerja di bahagian ini dan menugaskan pegawai MITI untuk memastikan bahawa rangka kerja ini dilaksana dalam Pembangunan Aspirasi Pelaburan Negara, kemudiannya dilancarkan pada 2022.
Ingin ditekankan di sini bahawa saya secara peribadi memimpin MITI menjayakan misi perdagangan dan pelaburan ke Jepun dan Korea Selatan pada April 2021. Ketika itu, pelabur asing telah dimaklumkan buat kali pertama, tentang hasrat kerajaan menarik pelaburan patuh ESG dalam sektor pembuatan.
Sepanjang misi itu juga, saya telah menekankan bahawa strategi pelaburan Malaysia yang dikemas kini akan menyediakan momentum yang diperlukan bertujuan menarik pelaburan berteknologi tinggi dan mampan.
Usaha itu bertepatan dengan proses meningkatkan inovasi, mencapai keseimbangan antara ekonomi dan kelestarian alam sekitar sekali gus mengurangkan pergantungan kepada buruh asing, dalam
pematuhan dengan penanda aras global dalam iklim, sosial dan tadbir urus (ESG).
Selepas itu, Rangka Kerja telah dibincangkan secara meluas dengan industri berkepentingan. Hasil daripada perundingan ini, terdapat 4 bidang utama yang dikenal pasti sebagai tunjang utama Rangka Kerja, iaitu piawaian ESG, pembinaan kapasiti khususnya bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk menggabungkan amalan ESG dalam syarikat.
Kerangka itu turut menyediakan, peruntukan insentif pembiayaan dan percukaian kepada syarikat untuk melaksanakan ESG; dan pasaran mekanisme sokongan termasuk perdagangan kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan karbon.
Inisiatif mewujudkan Rangka Kerja ESG Kebangsaan untuk Industri juga berfungsi sebagai
pemangkin kepada inisiatif lain seperti Pasukan Petugas Bahan Api Penerbangan Lestari dalam
MITI pada tahun 2022.
Melangkah ke hadapan yangn lebih cemerlang, saya berharap MITI akan terus bersedia dalam menghadapi arus global yang semakin mencabar, bukan sahaja dengan mempergiatkan program kerja sedia ada tetapi juga memulakan atas inisiatif baharu bertujuan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelaburan.
Akhir sekali, saya percaya dengan perlantikan Hairil Yahri Yaacob baru-baru ini sebagai Ketua Setiausaha MITI yang Baharu. Kebijaksanaan beliau membolehkan MITI mencatat prestasi membanggakan dan memacu kementerian pada skala yang lebih tinggi.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Ketua Penerangan Perikatan Nasional
Kenyataan Media
Thu Oct 05 2023
Mohamed Azmin berkata, inisiatif itu membolehkan sektor industri negara bergerak lebih terkehadapan dalam perspektif yang lebih sempurna bagi membolehkan negara berada pada kedudukan berdaya saing dalam kalangan pelabur. - Gambar fail
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.